AirAsia tambah semula Da Nang, Vietnam dalam senarai laluan

0

DA NANG, Vietnam: Syarikat tambang rendah terbaik dunia untuk enam tahun berturut- turut, AirAsia menambah semula Da Nang, Vietnam dalam senarai jaringan laluannya.

Penerbangan sulung mendarat di Da Nang pada 29 Ogos lepas sekitar jam 1.30 petang waktu tempatan.

Sejumlah 180 penumpang iaitu 100 peratus muatan penuh penumpang berada dalam penerbangan sulung itu yang berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 11.35 (GMT+8).

Ketibaan penerbangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang di-sambut meriah dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Budaya-Sukan dan Bahagian Pelancongan Da Nang Tran Chi Cuong.

Timbalan Presiden Lapa-ngan Terbang Antarabangsa Da Nang Nguyen Ba Quan dan Timbalan Presiden Operasi Terminal Da Nang Nguyen Thanh Vu juga hadir menyambut kedatangan penumpang.

Ketua komersil AirAsia Berhad Spencer Lee turut berada dalam penerbangan tersebut.

“Ini adalah destinasi ketiga kami di Vietnam dari Kuala Lumpur dan Da Nang merupakan pusat perkembangan ekonomi Vietnam selain mempunyai dua Tapak Warisan UNESCO – bandar purba Hoi An dan Hue.

“Destinasi Da Nang sebagai resort dan rekreasi juga sedang berkembang terutama di kalangan para pelancong bebas (FITs) dan percutian keluarga dengan pelbagai resort berhadapan dengan pantai-pantai yang sedang berkembang pesat,” kata Lee.

Menurut Lee lagi, laluan tersebut akan memudahkan perhubungan Da Nang dengan negara yang lain di mana syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X mempunyai laluan ke Australia, China, Jepun, Korea, Nepal dan Taiwan dengan servis Fly-Thru.

“Kami yakin dengan me-mulakan semula laluan Da Nang ke dalam jaringan, kami dapat menambah ketibaan dengan kemudahan servis Fly-Thru,” tambahnya.

Bersempena dengan sam-butan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Da Nang, syarikat penerba-ngan itu menawarkan tempat duduk promosi dengan tambang termasuk semua dari serendah RM97* sehala.

Tempoh tempahan adalah dari 1 September 2014 hingga 14 September 2014 bagi perjalanan dari 2 September 2014 hingga 31 Januari 2015.

Tempahan boleh dibuat menerusi laman www.airasia.com.

Pelanggan juga boleh membuat tempahan menerusi aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone, peranti Android, platfrom Blackberry10 dan platform Windows.

Bagi laluan Kuala Lumpur-Dana Nang dengan nombor penerbangan AK 648, berlepas jam 11.35 pagi dan tiba jam 1.30 petang dengan kekerapan penerbangan pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Manakala laluan Da Nang-Kuala Lumpur dengan nombor penerbangan Ak649 akan berlepas jam 2 petang dan tiba jam 5.55 petang dengan kekerapan penerbangan pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.