57 motosikal berkonvoi sempena Program Merdeka Ride 2014 di Sri Aman

0

 

SRI AMAN: Sebanyak 57 buah motosikal berkuasa tinggi, motosikal cup dan kereta menyertai Program Merdeka Ride 2014 anjuran Jawatankuasa Pembangunan Belia Bahagian Sri Aman (JPBSA) sempena sambu­tan Hari Merdeka ke-57 semalam.

Konvoi bermula jam 8.30 pagi dari Taman Panorama Benak ke Pekan Lachau diket­uai Timbalan Residen Bahagi­an Sri Aman selaku Pengerusi JPBSA, Hamdan Katang.

Setibanya konvoi berk­enaan di Pekan Lachau sekitar jam 10 pagi disambut kira-kira 300 penduduk serta ketua-ketua masyarakat iaitu Penghulu Lee Thong Sen, Penghulu Entika Senan dan Kapitan Bong Teck Choi.

Pada masa sama, Hamdan dan rombongan turut men­gagihkan bendera kepada sebanyak 40 buah kedai runcit serta 200 helai bendera kecil Jalur Gemilang kepada pen­duduk di Pekan Lachau.

Hamdan ketika ditemui berkata, program itu bagi meraikan Hari Kemerdekaan Ke-57 di samping menyemai semangat patriotik kalangan masyarakat setempat.

Menurutnya, adalah menjadi harapan agar pro­gram seumpama itu mampu menyemai semangat patriotik kalangan generasi.

Turut serta Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Zaidi Sarkawi.