PRS sasar 2 kerusi baharu: Masing

0

TERUJA: Masing (duduk lima kiri) serta yang lain semasa menyertai Cabaran Baldi Ais di Kapit, semalam.

Parti akan memberi tumpuan pada kerusi boleh menang untuk BNAdalah diberitahu kepada pengguna bekalan

Oleh Watt Zacchaeus //

KAPIT: Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyasar­kan sekurang-kurangnya dua kerusi baharu diwu­judkan serta yakin akan menang, kata Presidennya Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

Beliau berkata, adalah penting bagi PRS memberi tumpuan kepada kerusi yang boleh dimenangi Ba­risan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kami sedang melihat dua kerusi baharu yang kami percaya boleh menang den­gan keyakinan tinggi untuk BN. Tidak ada gunanya bercakap tentang begitu banyak kerusi jika kita tidak boleh menang untuk BN,” katanya ditemui ketika menyahut Cabaran Baldi Ais (Ice Bucket Challenge) di sini, semalam.

Beliau mengulas pend­edahan dibuat oleh Pen­garah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, Datu Takun Sunggah bahawa SPR akan menjalankan persempadanan semula untuk kerusi baharu pada Disember tahun ini.

SPR dijangka mewujud­kan sekurang-kurangnya sembilan kerusi Dewan Un­dangan Negeri (DUN) dan Parlimen baharu di negeri ini seperti yang berlaku pada 2001 dan Sarawak menda­pat sembilan kerusi negeri dan enam kerusi Parlimen baharu.

Mengenai calon-calon bagi Pelagus dan Tamin, Masing berkata, parti itu telah mengenal pasti tiga calon berpotensi.

“Tetapi sekarang, saya tidak boleh mendedahkan nama-nama kerana saya in­gin membincangkan perka­ra ini secara peribadi dengan Ketua Menteri. Mungkin selepas itu kami mahu Ketua Menteri membuat pengu­muman,” jelasnya.

Beliau berkata, adalah penting bagi PRS menda­patkan maklum balas dan nasihat daripada Ketua Menteri kerana beliau mem­punyai maklumat lanjut mengenai setiap satu dari­pada calon-calon berpotensi untuk kedua-dua kerusi.

Sementara itu, Masing berikrar untuk mender­makan RM10,000 kepada Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak selepas menyahut Cabaran Baldi Ais di sini.

Cabaran itu turut disertai oleh lapan ahli PRS lain termasuk Ahli Parlimen Hulu Rajang, Wilson Ugak Kumbong.

Mereka yang lain ialah ialah Wali Kota Majlis Daerah Kapit Philimon Nu­ing, tiga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri iaitu Wilson Nyabong, Majang Renggi dan Richard Will, Kaunselor Jantai Masing dan Pegawai Daerah Kapit Elvis Dindit.