20 bayi selamat dilahirkan sebagai ‘Anak Merdeka’

0

KUCHING: Seramai 20 bayi selamat dilahirkan sebagai ‘Anak Merdeka’ sehingga jam 5.40 petang semalam di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Bayi pertama merupakan bayi perempuan seberat 2.67 kilogram (kg) dilahirkan selepas detik kemerdekaan pada jam 12.19 pagi semalam.

Sementara itu, di Hospital Serian, dua bayi lelaki dilahirkan pada pagi semalam, masing-masing pada jam 8.35 pagi dan 10.20 pagi.

Kedua-dua bayi sihat itu selamat dilahirkan dengan berat 3.15 kg dan 3.2 kg.

Manakala di Hospital Lundu pula, seorang bayi lelaki dilahirkan dengan berat 2.89 kg pada jam 11.12 pagi.