Anggota polis Kalbar disyaki terlibat jaringan sindiket dadah antarabangsa

0

KUCHING: Dua anggota polis Kalimantan Barat (Ka-lbar) yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini pada 29 Ogos lepas disyaki terlibat dalam jaringan sindiket dadah antarabangsa.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kes tersebut mempunyai kaitan dengan penangkapan seorang wanita Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Ogos lalu.

Namun, katanya siasatan masih dijalankan yang kini ditangani polis Bukit Aman.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengesahkan kes atau sama ada ia berkaitan dengan sindiket dadah antarabangsa atau tidak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 28 Ogos lalu, seorang wanita Filipina ditahan di KLIA kerana memiliki syabu seberat 3.1 kilogram untuk dipasarkan di negara ini.

Dadah sebanyak lima bungkusan itu bernilai RM620,000.

Suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara, Konsulat Jen-eral Republik Indonesia di Kuching kelmarin mend-edahkan dua anggota polis In-donesia telah ditangkap polis di Kuching kerana memiliki dadah, dikhabarkan seberat enam kilogram.

Kedua-dua mereka kini direman sehingga 6 Septem-ber ini di Balai Polis Tabuan Jaya dan Balai Polis Sekama setelah ditahan pada sekitar jam 3 petang hingga 8 malam 29 Ogos lepas di sebuah hotel terkemuka di sini.

Mereka dikenali sebagai Idha Endri Prastiono daripada Ibu Pejabat Polis Kalbar dan M.P Harahap daripada IPK Entikong di mana akan turut disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Naib Konsul (Hal Ehwal Konsular dan Perlindungan Rakyat Indonesia) Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching Marisa Febriana berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia berhubung siasatan kes tersebut.

“Kami menghormati penuh proses penguatkuasaan un-dang-undang yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malay-sia dan akan menyerahkan penyiasatan dijalankan dalam tempoh tahanan reman.

“Namun memandangkan mereka rakyat Indonesia, kami juga akan menyediakan khidmat guaman bagi memas-tikan mereka mendapat hak yang sah,” katanya.