Bangunan kedai di Kota Sentosa ranap dijilat api

0

Dua bengkel motosikal, gudang dan dua rumah musnah
dalam kebakaran di Kota Sentosa, Kuching semalam.

KUCHING: Dua bengkel motosikal,sebuah gudang menyimpan minuman ringan dan dua rumah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Kota Sentosa di sini awal pagi semalam.

Difahamkan, api yang dipercayai bermula dari jam 5 pagi itu marak dengan cepat sekali gus memusnahkan keseluruhan bangunan kedai berkenaan sebelum ia mer-ebak ke dua rumah jenis separuh kekal tidak jauh dari situ.

Ketua Bomba dan Penyela-mat Zon Kuching Tiong Ling Hii memberitahu, pihaknya menerima pangilan ber-hubung kejadian pada jam 5.08 pagi dan tiba di tempat kejadian 13 minit kemudian.

“Tiga jentera dari Balai Batu Lintang, Tabuan Jaya dan Padungan dengan kekua-tan anggota seramai 21 orang telah dikerahkan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.09 pagi.

“Justeru, sehingga seka-rang (semalam) memang tiada mangsa yang terlibat sebab kami dah tanya ke-pada semua saksi, pemilik bengkel, gudang serta dua buah rumah tersebut,” kata Tiong yang ditemui di tempat kejadian.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa keru-gian dianggarkan melebihi RM600,000.

“Punca kebakaran dan ang-garan kerugian masih dalam siasatan namun ami mengang-garkan kerugian melebihi RM600,000,” katanya.

Menurut pemilik sebuah daripada rumah tersebut, dia yang tinggal bersama anak serta abangnya menyedari kebakaran tersebut apabila melihat percikan api yang kuat dari belakang bengkel motosikal tersebut.

“Saya terbangun dari tidur dan apabila meli-hat ke luar rumah, saya terkejut apabila melihat percikan api menyebabkan saya kemudian terus menge-jutkan abang serta anak saya untuk menyelamatkan diri,”katanya.

Sementara Pengerusi Majlis Perbandaran Padawab (MPP) Lo Khere Chiang yang turut hadir di tempat kejadian berkata pihaknya akan men-cari jalan untuk membantu kesemua mangsa.

“Untuk dua keluarga yang terlibat, kami akan maklumkan perkara ini kepada Jabatan Kebajikan.

“Selain itu, amijuga akan berusaha mencari jalan bagi membantu kesemua mang-sa,” katanya.