Pengantin ‘berbulan madu’ dalam tirai besi

0

Oleh Michael Ubam

SUSPEK: Dua suspek dibawa masuk ke Balai Polis Sentral Sibu pagi semalam.

Ditahan kerana disyaki cederakan seorang lelaki ketika majlis perkahwinannya Sabtu lalu

SIBU: Seorang pengantin lelaki ditahan polis kerana disyaki mencederakan se-orang lelaki ketika majlis perkahwinannya diraikan di sebuah rumah panjang di Batu 16, Jalan Oya di sini pada malam ambang merdeka.

Raja sehari itu ditahan bersama abang iparnya se-malam, yang dipercayai ter-libat mencederakan pengadu di bahagian kepala selepas dipukul dengan objek keras.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang beru-sia 23 tahun itu difahamkan berada di ruang dapur salah sebuah pintu rumah panjang berkenaan apabila didatangi dua lelaki yang bertindak memukulnya dengan objek keras.

Menurut mangsa, dia tidak terdaya untuk melawan mere-ka dan hanya mampu mena-han kesakitan di bahagian kepalanya yang berlumuran darah sebelum melarikan diri.

“Saya hanya mampu men-utup kepala saya dengan tangan ketika mencari jalan keluar untuk melarikan diri ke rumah abang ipar saya yang terletak bertentangan dengan rumah panjang itu,” kata mangsa ketika ditemui di balai polis di sini semalam.

Mangsa terus memaklum-kan kejadian itu kepada abang iparnya yang kemudiannya pergi ke lokasi kejadian un-tuk bertanya punca mereka memukul mangsa.

Setibanya abang ipar mang-sa di situ, dia turut dicabar untuk berlawan dan diugut akan dicederakan oleh dua lelaki terbabit jika masuk campur.

“Nasib baik tiada kejadian lebih buruk berlaku,” kata ipar mangsa yang kemudian membawa mangsa menda-patkan rawatan di Hospital Sibu sejurus selepas insiden itu.

Mangsa menerima be-berapa jahitan di bahagian kepalanya akibat serangan tersebut.

Polis yang bertindak atas maklumat pengadu pergi ke rumah panjang berkenaan untuk menangkap suspek pertama yang merupakan pengantin lelaki berusia 20-an, berbangsa Iban di depan rumahnya pada jam 9.48 pagi semalam.

Suspek kedua berumur 30 tahun menyerah diri di Balai Polis Sentral Sibu pada jam 10.45 pagi semalam bagi membantu siasatan polis ber-hubung kes tersebut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Kesek-saan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun.