Ramai penderma darah baharu direkrut

0

SOKONGAN: Jamilah sambil ditemani Timbalan Pengerusi PBSM Cabang Kuching Dr Chou Chii Ming (dua kiri) melihat secara lebih dekat proses derma darah yang dijalankan.

Adenan puji usaha keras BSM Sarawak, kutipan darah naik 47 peratus tahun lepas

 Oleh Mahathir Haroun //

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem memuji usaha keras Bulan Sabit Merah (BSM) Malaysia Cabang Sarawak yang berjaya merekrut ra­mai penderma baharu sekali gus meningkatkan kutipan bank darah.

Pada tahun lepas, katanya, sebanyak 20,643 pain da­rah berjaya dikutip dengan peningkatan lima peratus berbanding kutipan tahun 2012 dengan hanya 14,046 pain.

Menurutnya, peningkatan kutipan darah sebanyak 47 peratus pada tahun lepas adalah yang tertinggi setakat ini.

“Sekarang, saya melihat semakin ramai masyarakat mula sedar tentang kepent­ingan menderma darah dan ia merupakan sesuatu yang posi­tif dalam memastikan jumlah darah sentiasa mencukupi,” katanya pada Anugerah Peng­hargaan Penderma Darah 2014 di sini, semalam.

 

 

 

Teks ucapan Adenan diba­cakan oleh isteri beliau, Puan Sri Datuk Jamilah Anu.

Adenan menjelaskan, ke­banyakan penderma darah pada tahun lepas merupakan lelaki.

“Seperti yang saya ketahui 17,000 pain darah dider­makan lelaki manakala 4,000 pain (wanita).

“Namun bilangan pend­erma darah wanita semakin meningkat dari tahun ke tahun,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pel­bagai cara platform boleh digunakan untuk menjay­akan kempen derma darah termasuk belia, badan bukan kerajaan (NGO), organisasi sosial dan agama.

“Kita harus mempel­bagaikan kaedah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepent­ingan menderma darah,” jelasnya.

Sementara itu, Jamilah ber­kata, insentif memang patut diberikan kepada penderma darah sebagai menghargai jasa mereka.

“Bagi saya memberi insentif kepada mereka (penderma darah) tidak salah kerana ia merupakan cara untuk kita menghargai jasa yang diberikan.

“Ini kerana bukan semua dapat melakukan apa yang mereka lakukan (menderma darah),” kata Jamilah.

Hadir sama Naib Pengerusi PBSM Kebangsaan Datuk Dr Noordin Ab. Razak dan Pengerusi PBSM Cabang Kuching Datuk Dr Abang Rauf Abang Zain.