Guru maut motosikal terbabas

0

Oleh YUSOP TEPPO //

Mayat mangsa di atas jalan raya

SANDAKAN: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Karamunting di sini maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke kanan bahu jalan di Taman Grandview, pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Suprintenden Fadzil Mohd Ali berkata, mangsa dikenali sebagai Nastain Ahmad, 48, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dalam kejadian kira-kira 6.10 pagi, motosikal yang ditunggangi mangsa telah terbabas ke sebelah kanan bahu jalan ketika menuruni bukit,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke SK Karamunting dari Taman Grandview.

Mayat mangsa kemudiannya di hantar oleh pihak polis ke Hospital Duchess Of Kent untuk dibedah siasat.

Fadzil berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.