Inisiatif tingkat imej baik Sarawak

0

PENGHORMATAN: Liwan meletakkan kalung bunga sebagai tanda memperingati veteran perang di Tugu Peringatan Perang Dunia II di IPG Batu Lintang di Kuching, semalam. Turut kelihatan Audry (kiri), Jamiran (empat kiri) dan Lim (kanan).

Muzium Mini IPG Batu Lintang pamer perjuangan veteran tentera asing

Oleh Jessica Jawing //

KUCHING: Inisiatif mewujudkan Muzium Mini Zaman Perang di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang diyakini akan meningkatkan lagi imej baik Sarawak dan bandar raya Kuching di mata dunia khususnya Australia, New Zealand dan Eropah.

Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang berkata, melalui Muzium Mini yang mempamerkan sejarah Kem Tahanan Perang Dunia II (POW), ia sekali gus memelihara dan mengiktiraf veteran perang dari negara-negara itu.

“Inisiatif yang dijalankan Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) dan IPG Batu Lintang untuk membangunkan warisan sejarah zaman perang di sini akan memupuk kesedaran yang lebih tinggi mengenai sejarah kita semasa Perang Dunia Kedua, menerusi Muzium Peringatan Zaman Perang yang baharu diubah suai dan Muzium Mini ini.

“Ini membantu meningkatkan lagi imej baik Sarawak dan bandar raya Kuching di dunia khususnya di Australia, New Zealand dan Eropah selepas veteran-veteran mereka berkorban nyawa dan menyumbang kepada keselamatan dan kebebasan di Sarawak dan Borneo,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-69 Sarawak Bebas daripamereka,” tegasnya.

Tambah Liwan, menerusi kerjasama sedemikian akan memainkan peranan penting dalam usaha memupuk semangat keharmonian antara kaum dan semangat 1Malaysia, yang menjadi kebanggaan Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Warisan STF Lim Kian Hock dalam ucapannya berkata, majlis itu diadakan bukan sahaja sebagai satu sejarah, malah memperingati mereka yang telah berkorban serta menyumda Penjajahan Jepun dan Majlis Memperingati Kem Tahanan Perang Dunia II (POW) yang dihadiri Presiden STF Audry Wan Ulok serta Timbalan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang Jamiran Salam dan Pengerusi Pembangunan Warisan STF Lim Kian Hock di IPG Batu Lintang di sini, semalam.

Mengulas mengenai sambutan ulang tahun berkenaan, Liwan berkata ia bagi memperingati kejayaan mencapai kebebasan daripada penjajahan Jepun pada hari bersejarah 11 September ekoran penyerahan tentera Jepun di Borneo.

Beliau menjelaskan, ia juga menjadi platform penting ke arah mendidik generasi muda tentang perjuangan dan pengorbanan nenek moyang untuk membina asas dan budaya keamanan, perpaduan dan keharmonian kaum.

“Kita mahu ia dapat meneruskan perkembangan warisan sejarah kita yang cemerlang dan positif serta berharap Batu Lintang akan memainkan peranan utama bang kepada keamanan dan kebebasan semasa konflik Perang Dunia II.

Liwan pada masa sama turut mengadakan lawatan ke Pameran Minggu Sains Sosial anjuran Jabatan Sains Sosial, IPG Batu Lintang sempena ulang tahun ke-66 penubuhan IPG dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.