23 pemain sempat pulang ambil semula UPSR

0

PUTRAJAYA: Pemain skuad bola sepak Projek 2019 yang berlepas ke London semalam akan tetap menduduki semula ujian subjek Bahasa Inggeris (BI) dan Sains dalam peperik-saan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 30 Sep-tember ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sebanyak 23 daripada 24 pemain merupakan pelajar UPSR dan mereka bersama lima jurulatih remaja negeri akan mengikuti sesi latihan dan persahabatan selama 10 hari di sana.

Katanya skuad di bawah se-liaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) itu kembali ke tanah air pada 21 Sept ini dan pemain yang menduduki UPSR mempun-yai masa sembilan hari untuk membuat ulang kaji.

“Namun saya juga ada menghantar surat cadangan kepada ibu bapa pemain sama ada mahu kementerian menghantar tenaga pengajar ke sana atau tidak,” katanya di sini kelmarin.

Khamis lalu, Lembaga Peperiksaan Malaysia men-gumumkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperik-saan dua subjek berkenaan selepas didapati berlaku ke-bocoran.

Dalam pada itu, skuad remaja itu akan mengikuti program latihan di Akademi Remaja Queens Park Rang-ers (QPR) dan akan menyer-tai beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab remaja di sana.

Skuad Projek 2019 dijangka akan bertemu pasukan remaja QPR, Ipswich Town, Ful-ham, West Ham, Tottenham Hotspur dan Chelsea.

“Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain muda kita, di samping men-gajar ketua jurulatih remaja negeri di mana mereka akan jalani latihan kejurulatihan di Akademi QPR selama enam minggu,” katanya.

Lima ketua jurulatih remaja tersebut ialah Mat Noor Bidin dari Terengganu, Mohamed Fadzlyn Mohamed Hanafi (Negeri Sembilan), Muham-mad Firdaus Aziz (Kuala Lumpur), Osmera Omaro (Sabah) dan Wan Rohaimi Wan Ismail dari Kelantan. — Bernama