Sarawak mencapai kejayaan pesat di bawah Taib

0

HARI JADI: Taib (lima kiri) bersama Ragad (lima kanan) bersedia memotong kek hari jadi beliau yang ke-78 semalam. — Gambar Muhd Rais Sanusi

Kemajuan dicapai ini beri manfaat kepada rakyat di kawasan bandar mahupun di luar bandar: Adenan

Oleh Agnes Tugong //

KUCHING: Sarawak telah mencapai kejayaan dengan pesat dalam semua aspek pembangunan sepanjang tempoh 33 tahun di bawah kepimpinan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang mengambil alih pucuk kepimpinan kerajaan sebagai Ketua Menteri pada 1981.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, kemajuan yang dicapai ini telah memberi manfaat kepada rakyat sama ada mereka yang tinggal di kawasan bandar mahupun di luar bandar.

Semua ini menurut Adenan adalah hasil kejayaan falsafah Politik Pembangunan yang telah diperkenalkan oleh Taib ke arah kestabilan politik, pertumbuhan pesat ekonomi, kekayaan, keharmonian dan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negeri ini.

“Perhubungan dan aksesibiliti merupakan cabaran yang terbesar dihadapi kerajaan dalam melaksanakan aktiviti pembangunan dengan mengambil kira saiz negeri yang besar serta penduduk yang berselerak terutama di kawasan luar bandar.

“Bagaimanapun, landskap sosioekonomi Sarawak mula berubah dengan peningkatan momentum pembangunan apakekosongan pekerjaan pada 1980 kepada 68,646 pada 2012.

Dengan lebih banyak peluang disediakan kadar pengangguran menurun daripada 5.8 peratus pada 1980 kepada 3.8 peratus pada 2013.

Malah menurut Adenan, kadar pendapatan isi rumah sebulan juga meningkat daripada RM580 kepada RM4,293 bagi tempoh yang sama.

“Meskipun kerajaan telah berjaya menurunkan secara drastik paras kemiskinan dari bila Tun Taib mengambil alih kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri pada tahun 1981.

“Di bawah kepimpinan beliau, Sarawak telah mencapai kejayaan yang pesat dalam semua aspek pembangunan iaitu fizikal, ekonomi dan sosial,” katanya.

Adenan berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Perayaan Hari Jadi Ke-78 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang berlangsung di Padang Merdeka di sini semalam.

Tambah Adenan, sepanjang tempoh 33 tahun ini, rakyat Sarawak kini dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dengan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaaan baharu.

Kesan daripada pembangunan pesat ini katanya, semakin banyak peluang pekerjaan dihasilkan daripada hanya 374 47.8 peratus pada 1980 kepada 2.4 peratus pada 2012, namun kerajaan akan terus komited untuk membasmi kemiskinan ke tahap sifar.

“Bagi tujuan itu, kerajaan akan terus menangani isu-isu berkaitan kemiskinan menerusi pelaksanaan pelbagai program pembasmian kemiskinan secara konsisten,” ujarnya.

Menyentuh mengenai perkembangan projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), Adenan berkata cetusan idea Taib ini telah menggerakkan Sarawak untuk menjadi sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Setakat ini katanya, sebanyak 19 projek telah diluluskan dalam SCORE dengan jumlah pelaburan lebih daripada RM32 bilion dan dijangka menghasilkan lebih daripada 16,000 peluang pekerjaan secara langsung.

Samalaju Industrial Park katanya, terus menjadi tarikan utama di mana 15 projek dengan jumlah pelaburan lebih daripada RM27 bilion telah diluluskan di taman perindustrian itu.

Empat lagi projek katanya, dengan pelaburan bernilai lebih daripada RM5 bilion adalah terletak di Mukah, Tanjung Manis dan Kidurong.

“Melihat kepada sambutan memberangsangkan daripada pelabur, kami akan terus memastikan pelaksanaan infrastruktur asas dan sosial di Samalaju Industrial Park tepat pada masanya.

“Kerja-kerja pembinaan berkaitan Samalaju New Township, Hotel, Pusat Perkhidmatan, Pelabuhan Samalaju dan infrastruktur perindustrian yang lain bagi taman ini juga berjalan dengan lancar.

“Untuk memastikan Sarawak terus maju untuk tahuntahun akan datang, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk memberi tumpuan kepada perindustrian menerusi SCORE.

“Bagi tujuan itu saya menggesa generasi muda untuk mengambil kemahiran teknikal bagi memenuhi kelayakan dan keperluan bagi industri-industri yang diwujudkan dalam SCORE,” ujarnya.