‘YES Golf Challenge 2014’ di KGS berlangsung pada 20 September

0

KUCHING: Persatuan Be-kas Pelajar Yayasan Sarawak (YES) menganjurkan Ke-johanan Persahabatan ‘YES Golf Challenge 2014’ di Kelab Golf Sarawak (KGS) di sini pada 20 September (Sabtu).

Bagi memeriahkan acara ke-johanan itu, satu majlis makan malam bertemakan Jamuan Dalam Taman juga turut di-adakan pada hari yang sama selepas tamat kejohanan.

Timbalan Presiden YES, Iskandar Sharkawi berkata ob-jektif utama program tersebut adalah bagi mengumpulkan bekas pelajar Yayasan Sarawak selain diharap dapat menjadi titik penyatuan ahli YES serta masyarakat sekitarnya.

“Kami akan terus mengan-jurkan program kemasyar-akatan meskipun bermula dengan penganjuran secara kecil-kecilan.

“Ini sejajar dengan saranan kepada bekas pelajar atau alumni untuk memberi-kan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar teruta-manya mengasah kemahiran dan bakat anak-anak muda agar menerima baik perseki-taran mereka,” katanya.

Iskandar berkata, menerusi kejohanan itu diharapkan dapat menjadi ruang bagi mengumpul dana sebelum diserahkan kepada badan-badan tertentu.

Beliau juga berkata, setakat ini seramai 20 ahli YES meny-ertai ‘tee off’ kejohanan selain berharap dapat mengumpul seberapa banyak ahli alumni bersatu dalam menyum-bangkan perkhidmatan serta bantuan kepada masyarakat memerlukan.

“Saya berharap agar bekas pelajar Yayasan Sarawak serta semua ahli alumni YES dapat ha-dir pada malam itu,” katanya.

Kejohanan golf tersebut dijadualkan bermula jam 7.30 pagi dan dijangka tamat jam 3 petang manakala majlis makan malam bermula jam 7.30 malam bertempat di Bangu-nan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah di sini.

Setakat ini, YES mempu-nyai seramai 300 keahlian termasuk Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Se-tiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Stephen Rundi, Ahli Dewan Undangan Neg-eri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan ADUN Semop, Abdul-lah Saidol.

Sebarang pertanyaan men-genai kejohanan golf dan majlis makan malam boleh menghubungi Michael Chua di talian 013-8025340 atau talian 019-8884230.