Kekurangan fasiliti bantutkan usaha pembangunan sukan skuasy

0

KUCHING: Kekurangan fasiliti sukan skuasy di negeri ini membantutkan usaha pembangunan dan melahirkan pemain-pemain berbakat biarpun sukan tersebut kini semakin mendapat tempat di kalangan anakanak muda tempatan.

Menter i Muda Pembangunan Belia (Bandar), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sejak dari dahulu hanya gelanggang skuasy yang terletak di Sarawak Club sahaja digunakan untuk penganjuran pertandingan.

Sehubungan itu, beliau akan mengetengahkan isu kekurangan fasiliti sukan skuasy pada mesyuarat kabinet akan datang.

“Jadi, saya berharap Persatuan Skuasy Sarawak tidak berasa risau dan terus berusaha membangunkan sukan skuasy.

“Saya akan ketengahkan perkara ini pada mesyuarat kabinet akan datang,” katanya berucap pada majlis penyampaian hadiah CMS Borneo Cup di sini semalam.

Bel iau turut memuj i komi tmen di tunjukkan Persatuan Skuasy Sarawak yang berjaya menganjurkan banyak pertandingan peringkat umur.

“Bukan mudah untuk menganjurkan banya k pertandingan kerana kebiasaannya memerlukan sokongan sektor korporat,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Skuasy Sarawak Robert Lau menjelaskan sebenarnya Sarawak memiliki ramai pemain berbakat namun disebabkan kekurangan fasiliti maka sukar untuk terus menggembangkan bakat-bakat mereka.

“Kita mempunyai ramai jurulatih namun disebabkan kekurangan fasiliti maka sukar untuk kita mencungkil bakat-bakat baharu sukan skuasy,” jelasnya.

Beliau turut berharap fasiliti skuasy di negeri ini dapat disiapkan sebelum Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2016.

“Sebagai tuan rumah, kita memerlukan gelanggang skuasy kerana sukan skuasy merupakan sukan wajib temasya SUKMA,” katanya.

Pada majlis itu, Abdul Karim turut mengumumkan geran bernilai RM10,000 kepada Persatuan Skuasy Sarawak.