DAP tidak akan benar PKR bertanding di kerusi Bawang Assan pada PRN

0

SIBU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak tidak akan tunduk terhadap tuntutan Parti Keadilan Rak-yat (PKR) yang melahirkan hasrat bertanding di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Pengerusi DAP Sarawak, David Wong berka-ta hasrat Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How untuk meletakkan calon mereka di kerusi berkenan pada PRN nanti adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Jelas beliau, DAP pernah bertanding di kerusi DUN Bawang Assan beberapa kali sejak era Ling See Ming se-bagai perintis parti itu pada 80-an.

“Justeru, agak mustahil kita menyerahkan kerusi berk-enaan kepada mereka untuk ditandingi.

“Apatah lagi kami telah berkhidmat di kawasan itu sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Baru-baru ini, See melahir-kan hasrat parti itu bertand-ingkan di kerusi berkenaan ekoran daripada kegagalan DAP memenangi kerusi itu pada PRN lalu.

Wong berkata, mereka (DAP) telah menjalinkan hubungan kukuh dengan kampung-kampung sekitar kawasan Sungai Bidut dan kampung-kampung lain.

“Apapun, saya tidak boleh mengulas lebih panjang men-genai perkara itu tetapi apa yang pasti mereka tidak dapat melakukan sesuatu lebih dari-pada apa yang kami usahakan selama ini,” ujar beliau.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahlawan berkata, beliau sendiri pernah sekali bertanding di kawasan DUN Bawang Assan.

Tambahnya, DAP bukan sahaja menyalurkan khidmat kepada rakyat di kawasan itu malah turut melaksanakan projek Impian Sarawak di Rassau seperti projek pem-binaan jeti dan dermaga di sini.

Rassau merupakan seba-hagian daripada kawasan DUN Bawang Assan dan projek tersebut memberi manfaat kepada kira-kira 500 orang penduduk.