Nahas maut, pendekatan intervensi perlu

0

Oleh Sudan Ajang//

BAGUS: Dr Tam dan Lee menunjuk tanda bagus semasa pelancaran Program Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Malaysia 2014 di pekarangan Bintang Megamall, semalam.

MIRI: Kadar kematian dis-ebabkan kemalangan jalan raya dijangka meningkat sekiranya tiada pendekatan intervensi dilakukan semua pihak, kata Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin.

Beliau berkata, negara ke-hilangan 6,000 nyawa setiap tahun akibat kemalangan jalan raya dan ia menyebabkan keru-gian harta benda serta menje-jaskan ekonomi negara.

Jelasnya, ia turut menyebab-kan kehilangan modal insan yang boleh menyumbang ke-pada pembangunan negara.

“Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Sarawak menunjukkan sedikit penurunan sepanjang tempoh Januari sehingga Mei tahun ini, manakala tahun 2013 menunjukkan penurunan sebanyak 13 kematian.

“Bagaimanapun, menurut statistik Polis DiRaja Malay-sia (PDRM), Julai tahun ini angka kematian dicatatkan di Sarawak sebanyak 37 kema-tian berbanding tempoh yang sama tahun lalu sebanyak 32 kematian,” ujarnya.

Lee berkata demikian pada sidang media selepas melan-carkan Program Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Malaysia 2014 di pekarangan Bintang Mega-mall, semalam.

Ia dianjurkan bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sarawak, Pejabat Residen Miri, PDRM, Allianz General Insurance, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Sarawak Shell Berhad dan Bintang Megamall.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia Datuk Dr Tam Weng Wah.

Lee menambah, kemalan-gan di bandar raya Miri sering melibatkan pemandu kender-aan pacuan empat roda.

“Punca berlakunya ke-malangan jalan raya seperti ini lahir daripada sikap dan amalan pengguna tidak ber-hati-hati dan tidak beretika ketika memandu.

“Sikap dan amalan negatif ini perlu diubah kepada sikap serta amalan positif semasa memandu. Sebagai contoh, pemakaian tali pinggang dan topi keledar adalah wajib. Ia perlu dijadikan amalan dan kesedaran sepanjang masa,” katanya.

Mengenai kempen itu, ia bertujuan mengurang angka kemalangan dan menyasar pengguna jalan raya berisiko tinggi seperti penunggang basikal, pejalan kaki, pem-bonceng dan penunggang motosikal.

Terdahulu, Dr Tam ber-kata, negara kehilangan 17 nyawa akibat kemalangan jalan raya setiap hari dan angka itu akan meningkat jika tiada langkah terbaik mengatasinya.

“Indeks kematian bagi 2013 untuk Sarawak sebanyak 1.17 berbanding tahun 2012 iaitu 3.04. Daripada indeks kematian yang dicatatkan terdapat penurunan sebanyak 1.87. Bagi tahun ini sehingga Jun, indeks kematian ialah 2.56 dan angka ini membim-bangkan,” katanya.

Pada majlis sama, Lee dan Tam turut mengedarkan 50 topi keledar kepada peng-guna dewasa, kanak-kanak (16 buah), ‘child seat booster’ (20) serta risalah dan pelekat pemantul motosikal sebanyak 100 keping kepada pengguna jalan raya.