Pemilik kedai emas hilang kereta CRV, cedera dipukul

0

BAHAN BUKTI: Kereta Kenari yang digunakan suspek semasa kejadian tersebut.

KUCHING: Pemilik sebuah kedai emas hilang kereta serta cedera dipukul mengunakan objek keras ketika cuba meng-halang dua perompak melari-kan keretanya, kelmarin.

Insiden dilaporkan ber-laku di pekarangan Hospital Umum Sarawak (HUS) ketika mangsa yang hanya dikenali sebagai Chai berusia 50-an sedang menunggu isterinya di dalam kereta Honda CRV mi-liknya sekitar jam 4 petang.

Difahamkan, mangsa dida-tangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kenari sebelum seorang dari-padanya pergi ke tempat duduk mangsa dan terus mengacukan pisau ke perut mangsa.

“Suspek mengarahkan mangsa keluar dari kereta sebelum seorang lagi suspek bertopeng serta membawa sebatang kayu masuk ke dalam kereta melalui pintu penumpang hadapan dan terus memukul mangsa.

“Mangsa yang teruk dipukul di bahagian belakang badan kemudian diheret keluar dari kereta sebelum kedua-dua suspek melarikan diri bersama kereta mangsa,” kata sumber.

Anggota pengawal kesela-matan yang hanya menyedari insiden tersebut beberapa minit kemudian membantu mangsa dan turut meng-hubungi pihak polis untuk bantuan.

“Selain itu, kereta Perodua Kenari yang digunakan sus-pek ditemui di tempat ke-jadian dan dipercayai kereta curi,” kata sumber.

Mangsa yang cedera itu kemudian dibawa masuk ke dalam hospital untuk men-dapatkan rawatan.