Pencuri tegar keluar masuk lokap ditahan polis

0

PENCURI TEGAR: Suspek pecah rumah direman sehingga 19 September ini.

SIBU: Pasukan polis D4 me-nahan seorang suspek lelaki dipercayai terbabit dalam sebuah kes pecah rumah di Jalan Hulu Sungai Merah, di sini pada 6 September lalu melibatkan nilai kerugian barang kemas dan mata wang asing mencecah lebih RM100,000.

Suspek, 30, dianggap se-bagai seorang pencuri tegar sering keluar masuk lokap ditahan di kediamannya semasa serbuan diketuai Inspektor Mohd Firdaus Safuan di sebuah rumah di Lorong 5, Jalan Tong Sang di sini jam 12.30 pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 malam 6 September lalu, pen-gadu, 42, bersama ahli kelu-arganya baharu sahaja pulang dari majlis perkahwinan apa-bila menyedari rumah mereka dimasuki pencuri.

Selepas memeriksa, mereka mendapati sejumlah 30 ben-tuk cincin emas, 10 biji ant-ing-anting, 10 utas gelang emas dan empat utas jam tangan didapati hilang.

Pengadu juga melapor-kan wang tunai sejumlah RM1,400 termasuk wang kertas asing Dolar Amerika 155, Pound 90, mata wang China RMB2,000 dan Dolar Singapura 400 juga hilang.

Polis percayai pencuri terbabit berjaya memasuki rumah melalui bumbung rumah mangsa.

Suspek kini diperintah reman sehingga 19 Septem-ber, sementara menunggu tindakan lanjut.