Pesakit dari Kapit negatif Ebola

0

SIBU: Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh telah mengesahkan pesakit lelaki berasal dari Kapit yang dimasukkan ke wad pengasingan kelmarin disahkan negatif daripada jangkitan virus Ebola.

“Beliau didapati negatif setelah diperiksa oleh doktor yang menyatakan hanya men-galami demam biasa sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, lelaki terse-but baharu sahaja pulang dari bekerja di Afrika kini didapati semakin sembuh.

Katanya, beliau akan dike-luarkan dari wad pengas-ingan dalam masa terdekat ini selepas suhu demamnya semakin menurun.

“Kita perlu mengikut pros-edur pihak hospital untuk menahannya di wad pen-gasingan sehingga keadaan kesihatannya benar-benar pulih,” katanya sambil me-nambah ia bukan Ebola tetapi deman biasa.

Pesakit tersebut merupakan seorang pekerja kem di benua Afrika baharu pulang ke sini untuk bersama keluarga di sini sejak 11 September lalu.

Sebelum dihantar ke hos-pital di sini, pesakit itu dika-takan mengadu berasa mual dan suhu badannya tinggi.

Bimbang dijangkiti vi-rus Ebola, ahli keluarganya bergegas menghantarnya ke Hospital Sibu pada malam Ahad lalu.

Selepas menjalani pemerik-saan awal di hospital itu, ambulans telah menghantar mangsa ke bilik kuarantin.

Ambulans yang digunakan untuk menghantar pesakit tersebut juga telah dister-ilkan.

Wong menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak menyebarkan sebarang khabar angin mengenai kes terbabit.