Rumah kosong jadi sarang penagih dadah musnah dalam kebakaran

0

KUCHING: Sebuah rumah kayu yang tidak dihuni di Batu Kawa di sini musnah dalam kebakaran dipercayai angkara penagih dadah, semalam.

Insiden yang dilaporkan berlaku sekitar jam 10.40 pagi itu disedari oleh orang awam yang terus menghubungi pihak bomba dan penyelamat untuk bantuan.

“Keadaan berjaya dikawal kira-kira 15 minit selepas ketibaan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” kata sumber.

Menurut penduduk di sekitar kawasan tersebut, rumah itu sudah tidak dihuni sejak beberapa tahun lalu, namun dipercayai menjadi sarang penagih dadah.

Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

PADAM: Anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran berkenaan.