Alza masuk kedai

0

TERBABAS: Keadaan gerai mangsa selepas dirempuh Alza tersebut yang meluru masuk ke dalam kedai makan berkenaan.

KUCHING: Seorang pengusaha gerai makanan masakan Melayu dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas ke dalam sebuah kedai makan di Kota Sentosa di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa, 50-an, semasa kejadian dikatakan sedang menyiapkan tempahan makanan di gerainya bersama seorang pembantunya sekitar jam 7 malam.

Menurut saksi, ketika itu sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu oleh seorang wanita dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki kedai makan berkenaan.

“Lelaki tersebut (mangsa) yang sedang sibuk menyiapkan tempahan makanan tidak sempat mengelak dan kereta Alza itu terus melanggar gerainya menyebabkan dia turut terpelanting,” kata saksi.

Mangsa yang tercedera kemudian dibantu oleh orang awam sebelum dikejarkan ke HUS oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan.

Manakala, pemandu Alza dan pembantu mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.