Lelaki cedera kena serpihan besi jentera berat

0

KUCHING: Seorang lelaki dike-jarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) ekoran kecederaan yang dialaminya akibat terkena serpihan besi jentera berat yang tumbang di sebuah tapak pembinaan di Sungai Moyan dekat sini, semalam.

Mangsa, 30-an, berasal dari Se-buyau semasa kejadian sedang bek-erja di tapak pembinaan berkenaan apabila sebuah jentera berat yang sedang beroperasi tumbang sekitar jam 8 pagi.

Ekoran itu, mangsa yang tidak menyedari kejadian tersebut dika-takan tidak sempat menyelamatkan diri menyebabkan dia terkena serpi-han besi dipercayai daripada jentera berat berkenaan yang terpelanting ke arahnya.

“Difahamkan, mangsa yang cedera di beberapa anggota badannya itu turut mengalami patah tulang kaki kanannya dan dia telah dikejarkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HUS.