Lelaki mabuk tetak adik ipar gara-gara ditegur

0

KUCHING: Berang ditegur, seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak menetak tangan adik iparnya meng-gunakan parang di Kampung Tabuan Dayak di sini, kel-marin.

Mangsa yang berusia 25 tahun itu semasa kejadian dikatakan bersama suspek serta beberapa lagi rakan mereka minum minuman keras sekitar jam 9 malam.

Difahamkan, mangsa yang kurang senang melihat per-angai suspek yang sering meninggikan suara menegur dan menasihatinya untuk berhenti minum minuman keras tersebut.

“Teguran itu bagaimana-pun membuatkan suspek marah yang kemudian dika-takan masuk ke dalam rumah untuk mengambil sebilah parang dan terus menyerang mangsa.

“Mangsa cedera di lengan kanannya ketika cuba mene-pis parang yang dilimbas suspek sebelum dia (suspek) berjaya dihalang oleh rakan serta keluarga mereka,” kata sumber.

Mangsa yang cedera kemu-dian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Namun demikian, mangsa dikatakan enggan melapor-kan perkara tersebut kepada pihak polis dan bersedia un-tuk memaafkan abang iparnya itu.