Mahkamah lepas, bebas lelaki daripada tuduhan merompak

0

KUCHING: Mahkamah Se-syen di sini melepas dan membebaskan seorang lelaki tempatan daripada tuduhan merompak tanpa memanggil pembelaannya, semalam.

Hakim Amernudin Ahmad membebaskan Sukri Rosli selepas beliau memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Sukri didakwa merompak Liu Kim Fatt dan menyebab-kan kecederaan ke atas mang-sa dengan batang besi pada 17 Februari lalu sekitar jam 4 pagi di Taman Chong Lin, Jalan Tabuan di sini.

Amernudin berkata, ket-erangan mangsa menimbul-kan keraguan manakala bukti saksi pendakwaan bercanggah dan tidak konsisten.

Selain itu, ahli keluarga tertuduh telah memberikan kenyataan kepada polis tetapi mereka tidak dipanggil atau ditawarkan untuk menjadi saksi pembelaan.

Mahkamah turut memu-tuskan pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan niat umum berhubung per-tuduhan.

Tertuduh dituduh di ba-wah Seksyen 394 Kanun Keseksan dan dibaca ber-sama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun selain sebatan jika disabit kesalahan.

Tertuduh diwakili Osman Ibrahim dan Fadzillah Os-man dari Osman Ibrahim & Co. Adv, manakala Timba-lan Pendakwa Raya Nisla mewakili pendakwaan.

Dalam kes berasingan, Mahkamah Sesyen menetap-kan 23 September untuk mendengar permohonan bagi menangguhkan hukuman ke atas seorang lelaki yang dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun kerana memukul seorang remaja den-gan batang penyapu sehingga melumpuhkan mangsa.

Bagaimanapun, pendak-waan telah mengemukakan rayuan balas bagi hukuman yang lebih berat.

Tertuduh Ahmad Warid, 24, melakukan kesalahan berkenaan di Batu 10 di sini pada 18 April 2013 sekitar jam 10 malam.

Tertuduh dituduh di ba-wah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman maksimum penjara selama 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.