Mayat pelajar lemas ditemui

0

Oleh Kepu Sidi

AL-FATIHAH: Len bersama ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa membaca surah Yasin semalam.

SARIKEI: Mayat mangsa lemas di muara Sungai Sarikei, iaitu pelajar Ting-katan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sarikei, Awang Nur Mo-hamad Qaramullah, 13, ditemui kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa dilapor-kan hilang tengah malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suha Kaha berkata, mayat mangsa ditemui penduduk kampung di tebing Sungai Rajang tidak jauh dari muara Sungai Sa-rikei pada jam 12.54 tengah malam.

“Berdasarkan keterangan serta laporan awal penemuan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan cukup sifat. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses pengeca-man oleh ahli keluarga.

“Berikutan penemuan itu, Operasi Mencari dan Menye-lamat (SAR) yang telah di-lancarkan sejak dua hari lepas oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei bersama beberapa jabatan kerajaan lain, ditamatkan,” kata Suna ketika dihubungi media, semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.30 petang Rabu lepas, mangsa dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya semasa mandi di muara Sungai Sarikei bersama enam rakannya.

Dalam perkembangan sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belawai Datu Len Talif Salleh menziarahi kelu-arga mangsa di Rumah Mayat Hospital Sarikei, semalam.

Len turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka bersabar dengan dugaan tersebut.

Len juga menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.