Negaraku: Pemuda BN Sarawak lapor polis kenyataan Chong

0

LAPORAN POLIS: Tan Kai (tiga kiri) mengetuai barisan Pemuda BN Sarawak membuat laporan polis terhadap kenyataan Chong di Balai Polis Gita di Kuching, semalam.

KUCHING: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak se-malam membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen yang memperso-alkan mengapa lagu kebang-saan Negaraku dimainkan di pawagam baru-baru ini.

Laporan tersebut dibuat oleh Naib Ketua Pemuda BN Sarawak Tan Kai di Balai Polis Gita bersama beberapa pemimpin pemuda BN lain antaranya Naib Ketua Pemuda BN (PRS) Liwan Lagang dan dua exco pemuda BN, Feliz (SPDP) dan Stanley Sila (PBB).

Pada sidang media di Ibu Pejabat PBB semalam, Tan Kai berkata meskipun Chong telah memohon maaf atas keny-ataannya, namun beliau masih lagi mempersoalkan kewajaran lagu kebangsaan Negaraku dimainkan di pawagam.

“Pemuda BN Sarawak mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Chong yang bu-kan sahaja melampau malah satu penghinaan kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia.

“Kami berpendapat tidak semudah itu untuk Chong meminta maaf selepas menge-luarkan kenyataan di akaun sosialnya kerana ia bukan sahaja dibaca oleh rakyat di negara ini malah seluruh pengguna media sosial di dunia.

“Sebagai seorang pem-impin dan wakil rakyat, jelas ideologi yang terpendam di dalam pemikiran Chong amat berbahaya sekali sekiranya beliau diberi peluang untuk memerintah di negara yang kita sayangi ini,” ujar Tan.

Tambah Tan, ideologi sebegini mampu memecah-belahkan perpaduan masyar-akat dan memberi contoh tidak baik kepada generasi muda agar lupa dan tidak menghormati perjuangan pemimpin terdahulu dalam memperolehi kemerdekaan negara.

Chong, katanya, lebih me-mentingkan apa yang rakan-rakan beliau di luar negara fikirkan berbanding apa yang dilalui oleh rakyat Malaysia pada hari ini.

Menurut Seksyen 8 (1) Akta Lagu Kebangsaan 1968, rakyat Malaysia hendaklah menunjukkan rasa hormat, sayang dan mencintai lagu kebangsaan dan dikehendaki berdiri apabila lagu Negaraku dinyanyikan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Seksyen 8 (2) pula men-egaskan bentuk hukuman kepada sesiapa yang ingkar dan tidak menunjukkan rasa hormat kepada lagu Nega-raku, di mana seseorang itu boleh didenda tidak me-lebihi RM100 atau penjara tidak melebihi satu bulan sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah.

Manakala Seksyen 8 (3) pula dengan jelas menerang-kan apa sahaja perlakuan yang boleh membawa dan men-jurus kepada merendahkan prestij lagu kebangsaan pada pandangan masyarakat awam adalah dianggap sebagai tindakan tidak menghormati lagu berkenaan.

“Jika warga asing pun boleh berdiri tegak menghor-mati lagu Negaraku, mengapa Chong sebagai warga Ma-laysia, malah seorang Ahli Parlimen dan ADUN boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian?

“Pemuda BN dengan itu menyokong saranan rakan-rakan pengguna laman sosial yang menggesa supaya huku-man setimpal dikenakan ter-hadap Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa ini yang memperle-kehkan lagu kebangsaan,” tambah Tan.

Pemuda BN Sarawak juga menggesa parti DAP men-gambil tindakan terhadap Chong dan bertanggungjawab atas tindakan beliau.