Ingk ari ibu, gadis cedera rakan maut

0

MAUT: Anggota paramedik memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa sebelum dia disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke HUS.

KUCHING: Padah mengingkari arahan ibu, seorang gadis yang dihalang keluar dari rumah cedera parah manakala rakannya terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam.

Menurut sumber, gadis berusia 15 tahun itu pada mulanya dihalang oleh ibunya keluar rumah menyebabkan dia yang beralasan ingin membeli barang menyelinap keluar dari rumahnya di Matang sekitar jam 1 pagi.

Difahamkan, kira-kira beberapa meter dari rumah gadis berkenaan, motosikal yang dinaikinya bersama rakan iaitu Mohammad Sauffi q Asri, 21, dilanggar sebuah kereta jenis Proton Wira di Batu 5 Jalan Matang, di sini.

“Kedua-dua mangsa parah dan semasa dalam perjalanan menuju ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Sauffi q yang berasal dari Gita disahkan meninggal dunia ekoran kecederaan yang dialaminya,” kata sumber.

Manakala gadis tersebut sehingga berita ini ditulis semalam masih menerima rawatan di HUS dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Keluarga kedua-dua mangsa telah dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

Sementara itu, pemandu dan penumpang kereta Wira tersebut dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Laporan berhubung kejadian telah dibuat di balai polis berhampiran dan siasatan lanjut masih dijalankan.