TCS anjurkan majlis makan malam ‘Parti Bertopeng Merah dan Hitam’

0

‘RAJA DAN RATU’: Sapberi dan Vivi merakamkan detik kenangan pada majlis makan malam anjuran Kolej Teknologi Sarawak, baru-baru ini.

KUCHING: Kolej Teknologi Sarawak (TCS) telah menganjurkan majlis makan malam khas untuk pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka di kolej itu, baru-baru ini.

Majlis bertemakan ‘Parti Bertopeng Merah dan Hitam’ yang diadakan di Citadines Kuching itu dihadiri kira-kira 120 pelajar dan kakitangan TCS.

Pada majlis itu, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti nyanyian, tarian dan cabutan bertuah.

Acara utama majlis ialah pertabalan ‘Raja’ dan ‘Ratu’ makan malam berdasarkan penilaian pakaian terbaik yang dimenangi oleh Sapberi Sahara dan Vivi Rosa.