Kebas telefon bimbit selepas adakan seks

5

SIBU: Seorang guru membuat laporan polis selepas lelaki yang bermalam bersamanya mencuri telefon bimbit miliknya.

Wanita yang berusia 20-an itu, bermalam dengan lelaki tersebut di sebuah hotel di bandar ini pada malam Sabtu selepas mereka berkenalan melalui WeChat.

Dia mengesyaki lelaki tersebut telah mencuri telefonnya ketika dia sedang mandi selepas melakukan hubungan seks di hotel itu.

Kerana tidak berpuas hati, guru tersebut membuat laporan polis.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki dari Sibu Jaya kehilangan bampar kenderaan pacuan empat roda selepas dia melawat ibunya di sebuah pusat perubatan di Brooke Drive di sini minggu lepas.

Ling, 57 tahun pergi ke pusat perubatan pada jam 8 malam.

Setibanya di tempat letak kereta jam 9.30 malam, dia mendapati bamper keretanya hilang.

Mangsa terus membuat laporan polis di balai berdekatan.

Terdahulu dalam kes lain, seorang model dan jurumekap membuat laporan polis apabila mendapati dompet mereka telah dicuri selepas persembahan pameran pengantin di Dataran Sibu Fasa Dua di sini.

Mereka memberitahu polis, dompet yang disimpan di dalam beg tangan itu diletak dalam bilik belakang pentas telah hilang.

Model tersebut turut hairan kerana kecurian boleh berlaku walaupun terdapat empat individu yang menyelia bilik berkenaan.