Polis ‘ganggu’ isteri orang

0

SIBU: Seorang penjawat awam membuat laporan polis selepas dia mendakwa seorang anggota polis mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Isterinya dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki berkenaan sejak mengenalinya melalui media sosial April lalu.

Dikatakan ibu kepada tiga anak itu bertemu lelaki tersebut di sebuah hotel di bandar ini pada hari Jumaat lepas.

Suaminya yang bekerja di luar beberapa hari lalu, tidak dapat mencari isterinya selepas kembali ke rumah pada hari Sabtu.

Pada masa sama, dia turut menerima khabar angin mengenai kelakuan curang isterinya dengan polis terbabit.

Pengadu yang pergi mencari isterinya dan mendapati dia (isteri) berada di rumah saudara pada jam 1 pagi semalam.

Dia kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.