Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Prasekolah dan Sekolah Rendah

0

BINTULU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan SeDidik akan menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Prasekolah dan Sekolah Rendah sempena Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo ke-10 pada 27 September, di Pentas Utama Tapak Lapangan Terbang Lama di sini.

Pendaftaran peserta bermula jam 7 pagi termasuk saringan kesihatan.

Pertandingan itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu A untuk tadika dan prasekolah, B (sekolah rendah) dan C (orang kurang upaya (OKU) atau pendidikan khas.

Keterangan lanjut mengenai pertandingan itu boleh menghubungi Dayang Kartini di talian 012-8549242 atau 086-330572 di Pejabat SeDidik di Bangunan Martabat RPR Sebiew di sini.