Khidmat musnah sarang tebuan ikut SOP

0

Oleh Mastura Ismail

MUSNAH TEBUAN: Anggota bomba melakukan operasi memu-snahkan tebuan di Kampung Limpaku Pinang, baru-baru ini.

LIMBANG: Meskipun ber-isiko disengat serangga berbisa, namun anggota Jabatan Bomba dan Penye-lamat Malaysia (JBPM) Zon Limbang tetap komited memberi perkhidmatan terbaik dan menjalankan 63 operasi memusnahkan sarang tebuan di daerah Limbang dan Lawas dari bulan Januari hingga Sep-tember tahun ini.

Pegawai Operasi JBPM Zon Limbang Bonny Martin ber-kata, jumlah itu membabitkan 39 operasi yang dijalankan Balai Bomba Limbang dan 24 oleh Balai Bomba Lawas.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) pemusna-han sarang tebuan dipatuhi anggotanya bagi mengelak mereka disengat serangga berbisa itu sepanjang operasi berkenaan.

“Walaupun berisiko, kita tetap melaksanakan perkhid-matan memusnahkan sarang tebuan dengan mematuhi SOP ditetapkan bagi menge-lak sebarang kemalangan yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi di sini se-malam.

Bonny berkata, setiap operasi dilakukan seramai enam anggota termasuk se-orang penyelia memusnahkan sarang tebuan terbabit.

Beliau memberitahu, antara peralatan yang digunakan ter-masuk pakaian khas menutup keseluruhan anggota badan.

“Kita juga menggunakan dua kaedah pemusnah te-buan dengan menggunakan penyembur serangga, jika tebuan berada di dalam ru-mah serta membakar sarang tebuan sekiranya di luar ru-mah,” tambahnya.

Katanya, operasi yang dijalankan sepanjang tahun ini tidak begitu mencabar berbanding operasi tahun sebelumnya.

“Sebelum ini, anggota kami pernah berdepan dengan operasi mencemaskan apabila sarang tebuan yang dimu-snahkan agak sukar kerana mempunyai banyak lapisan sarang,” tambahnya.

Menurutnya, terbaharu op-erasi memusnahkan sarang te-buan dilakukan di Kampung Limpaku Pinang minggu lalu di dua lokasi berbeza termasuk di kawasan pokok bakau kampung berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak memusnahkan sarang tebuan bersendirian sebalikn-ya menghubungi pihak bomba bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.