Maut terjatuh ketika mengecat

0

MAUT: Anggota polis dan JPAM mengusung mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Bintulu.

BINTULU: Seorang lelaki warganegara Indonesia yang sedang menjalankan kerja-kerja mengecat bahagian atas sebuah bangunan di sebuah pusat komersil di sini maut selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan itu pada kirakira jam 7.30 pagi semalam.

Mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian dipercayai baharu sahaja naik menggunakan tangga khas yang disediakan untuk menjalankan kerjakerja mengecat bangunan terbabit.

Salah seorang rakannya memberitahu, beliau mengingatkan mangsa agar berhati-hati menjalankan kerja disebabkan keadaan tempat kerja yang agak licin serta mempunyai risiko tinggi berlaku kemalangan sekiranya tidak mempraktikkan langkah-langkah keselamatan.

Katanya, sejurus mangsa berada di atas pelantar khas itu, tiba-tiba dia terdengar dentuman lalu terkejut apabila melihat mangsa meraung kesakitan dengan kepalanya berlumuran darah.

Pekerja lain yang turut berada di situ membuat panggilan kecemasan namun petugas Hospital Bintulu yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) juga berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke rumah mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat.