Adenan hadiri Taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan

0

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menghadiri Taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Taklimat anjuran bersama Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Kementerian Kewangan Malaysia turut dihadiri ahli-ahli kabinet negeri.

Taklimat tersebut disampaikan oleh tiga penceramah iaitu Setiausaha Bahagian, Bahagian Cukai Perbendaharaan Malaysia Datuk Siti Halimah Ismail, Pengarah Kastam, Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam a/l Tholasy dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi, Perbendaharaan Malaysia Datuk S. Kumaran.

Ia menyentuh mengenai pelaksanaan GST daripada perspektif kerajaan, perniagaan dan mengenai pelan komunikasi strategik GST.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri  Alfred Jabu Numpang, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Malaysia Datuk Mat Noor Nawi.