Bekas Pengarah Penerangan, Resat Salleh meninggal dunia

0

KUCHING: Bekas Pengarah Penerangan Sarawak Resat Salleh meninggal dunia awal pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser paru-paru.

Beliau yang berusia 60 tahun menghembus nafas terakhir pada kira-kira jam 2.10 pagi selepas dimasukkan ke hospital pada 8 September lepas.

Jenazah Allahyarham tiba di Kuching sekitar jam 4 petang dan diuruskan d ikediaman kakaknya di Kampung Tanjung sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang sekitar jam 5.15 petang.

Allahyarham mula berkhidmat sebagai Pengarah Pene-rangan Sarawak pada 2006 sebelum dipindahkan ke ibu pejabat Jabatan Penerangan di Putrajaya pada 2012.

Beliau bagaimanapun bersara tiga bulan lepas selepas menyertai Jabatan Penerangan sebagai pegawai media pada 26 Julai 1976.

Beliau pernah terlibat secara langsung dalam pembabitan Jabatan Penerangan meng-uruskan Sukan Komanwel 1998 serta penganjuran Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989.

Allahyarham Resat juga pernah mengetuai Unit Perhubungan Awam Kementerian Penerangan pada 1989 sebelum dilantik sebagai Pengarah Penerangan Johor pada 1995.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Kathyjah Abdullah dan empat orang anak serta dua orang cucu.