Keluarga nyaris rentung, kereta tiba-tiba terbakar

0

KUCHING: Sebuah keluarga terselamat daripada rentung apabila sempat keluar dari kereta yang tiba-tiba terbakar di Jalan Kampung Bumbok, Bau dekat sini semalam.

PADAM API: Kelihatan anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran kereta tersebut.

Pasangan suami isteri yang berusia 20-an dan anak mereka dipercayai baharu berusia dua tahun bernasib baik kerana terhidu bau asap dan terus memberhen-tikan kereta dalam kejadian sekitar jam 11 pagi.

Difahamkan, beberapa saat selepas keluarga tersebut keluar dari dalam kereta, bahagian enjin Pro-ton Wira yang dinaiki oleh mereka dikatakan tiba-tiba meletup dan terbakar.

Penduduk kampung berdekatan yang melihat kejadian tersebut sedaya upaya membantu memadamkan kebakaran tersebut namun tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.

Anggota dari balai bomba berhampiran juga dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran tersebut.