10 pelajar berjaya tamatkan kursus persediaan IELTS

0

SIBU: Seramai 10 pelajar sekolah menengah berjaya menamatkan kursus persediaan IELTS di Methodist Pilley Institute (MPI), kelmarin.

Kursus yang dijalan selama 10 minggu itu disertai pelajar yang ingin memperoleh keputusan A dalam Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, kursus turut disertai pelajar yang berharsat melanjutkan pelajaran di luar negara selepas tamat SPM.

Kursus persediaan IELTS itu merupakan program pembinaan bahasa kepada mereka yang ingin memantap kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Majlis penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Pengetua MPI, Judy Wong.