Dua wanita dicari bantu siasatan kes kecurian

0

DIKEHENDAKI: Gambar menunjukkan salah seorang suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes curi di Lot 74, Saratok Bazar, baru-baru ini.

SARATOK: Dua wanita yang masing-masingnya berusia dalam lingkungan 30-an kini dicari bagi mendapatkan ket­erangan berhubung satu kes curi yang membabitkan keru­gian berjumlah RM3,000.

Menurut jurucakap polis, pada 27 September yang lalu, jam 9.02 pagi, seorang perem­puan Cina mengadu kehilan­gan beg tangan yang mengand­ungi beberapa barang penting seperti dokumen, barang kemas dan wang tunai.

“Berdasarkan keterangan mangsa, beg tangan terba­bit disimpan di bawah meja kaunter pembayaran. Setelah menyedari kehilangan beg tangannya, mangsa terus membuat laporan polis.

“Sebaik sahaja menerima laporan mangsa, polis men­jalankan siasatan dan hasil pemeriksaan kamera litar ter­tutup (CCTV) yang dipasang pada kedai pengadu terbabit, polis mendapati dua perempuan terbabit mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

“Hasil pemeriksaan CCTV tersebut, polis mendapati dua wanita berkenaan berpura-pura untuk membeli barangan, dengan niat mengaburi peman­dangan mangsa lalu mencuri beg tangan pengadu,” kata ju­rucakap polis, ketika meng­hubungi media, semalam.

Antara barangan milik mangsa yang didapti telah hilang ialah wang tunai, seutas rantai leher emas, dua utas ran­tai leher perak serta beberapa dokumen peribadi yang lain.

Sehubungan dengan ke­jadian terbabit, pihak po­lis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu serta mengenali salah seorang suspek agar menghubungi atau memaklumkan kepada pihak polis Ibu Pegabat Polis Daerah (IPD) Saratok atau balai polis berhampiran.

Pada masa yang sama, orang ramai juga boleh men­ghubungi Penolong Penga­wai Penyiasat, Sarjan Regie Kachon di talian 083 436102 atau 010 5374796.

Kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK).