Swinburne kawasan bebas rokok

0

Pelanggaran peraturan baharu itu akan dikenakan kompaun RM250

KUCHING: Universiti Tek-nologi Swinburne Kampus Sarawak mengisytiharkan universiti itu sebagai kawasan bebas rokok berkuat kuasa semalam kepada pelajar, kakitangan serta pelawatnya.

Timbalan Pro Canselor merangkap Ketua Eksekutif Profesor Anthony Cahalan mengumumkan perkara itu pada majlis ringkas yang dihadiri pelajar dan kakitangan universiti tersebut, semalam.

“Kita semua maklum gejala merokok merupakan punca utama penyakit kanser, pe-nyakit berjangkit mahupun kematian. Datuk saya me-ninggal kerana merokok selama 50 tahun.

“Dia tidak menyedari bahawa ia boleh menjadi begitu teruk. Hari ini, tidak ada alasan untuk golongan muda untuk merokok.

“Di negara barat, gejala merokok telah berkurangan dan kita juga mahu melihat ia berkurangan di Asia,” ujarnya.

Anthony berkata, Universiti Swinburne Kampus Melbourne juga kawasan bebas rokok mulai Ogos tahun lalu.

“Kalau anda mahu merokok, sila keluar dari kawasan kampus. Kamu juga boleh mengambil peluang ini untuk berhenti merokok. Nafas berbau, penyakit dan kematian. Tidak ada yang baik datang dari rokok,” tegasnya.

Polisi bebas rokok di kampus akan dikuatkuasakan oleh pegawai Kementerian Kesihatan, jelasnya sambil menambah, pelajar, kakitangan mahupun pelawat yang didapati merokok di kawasan kampus bermula semalam akan diarahkan keluar dari kawasan kampus.

Sebarang pelanggaran peraturan baharu itu akan dikenakan kompaun seba-nyak RM250.

Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Pelajar Swinburne, Esty Sharkawi mencadangkan kepada sesiapa yang ingin berhenti merokok agar memohon bantuan daripada kaunselor universiti, me-nyertai Klinik ‘Jom Berhenti Merokok’ atau memuat turun aplikasi yang boleh membantu mereka menahan keinginan untuk merokok.