Tao Bao Gallery tawar pelbagai jenis barangan

0

KUCHING: Premis menjual pelbagai jenis barangan, Tao Bao Gallery Sdn Bhd kini dibuka di aras dua, City One di sini.

Justeru, orang ramai adalah diajak untuk bersama-sama mengunjungi premis tersebut dari jam 10 pagi sehingga 10 malam bagi melihat kepelbagaian barangan yang dijual.

Pengarah Tao Bao Gallery Sdn Bhd Sylvester Liew berkata, antara barangan yang dijual ialah produk rekaan dalam rumah, perabot serta aksesori.

“Konsep Tao Bao Gallery ialah seperti ‘1 Stop Centre’ di mana orang ramai boleh membeli pelbagai jenis barang sama ada dari perabot, rekaan dalam rumah, aksesori dan sebagainya.

“Malah bagi yang ingin membeli set dapur misalnya, kami turut menyediakan tempat demonstrasi untuk mereka mencubanya agar lebih yakin terhadap produk yang dipilih” katanya ketika ditemui sempena pembukaan rasmi Tao Bao Gallery, semalam.

Selain itu, Liew berkata premisnya turut menyediakan ‘kotak sewa’ untuk orang ramai mempromosi serta menjual barangan sendiri.

Bagi menghargai pelanggan, Liew berkata akan mengadakan cabutan tiket bertuah pada setiap bulan dengan hadiah-hadiah menarik.

Jelasnya, pelanggan yang membuat pembelian sebanyak RM100 ke atas dalam satu resit akan layak menyertai cabutan bertuah tersebut.

Bagi cabutan bertuah bulan ini, Liew berkata hadiah utama, kedua dan ketiga yang disediakan adalah berupa Samsung Galaxy Tab 3, Oppo Joy R1001 dan Kamera A2506.