Murid tahun enam koma jatuh dari siling sekolah

0

KOTA KINABALU: Seorang murid tahun enama koma, selepas dipercayai terjatuh dari siling bahagian luar sebuah bilik darjah di tingkat dua salah satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan Ansip, Keningau kira-kira 131km dari sini pagi semalam.

Sebelum kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu, pelajar lelaki yang dikenali sebagai Dylause Dionel dikatakan telah meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pergi ke tandas.

Bagaimanapun, selepas mendapati murid berkenaan lambat masuk semula ke kelas, guru kelasnya keluar untuk mencarinya dan mendapati murid itu terjatuh di lantai tingkat bawah bangunan serta mengalami kecederaan.

Dengan bantuan guru-guru lain, mangsa segera dihantar ke Hospital Keningau dan pihak sekolah serta merta memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa Dylause. —