NREB A johan petanque double sempena sambutan NREB Ke-20

0

BINTULU: NREB A muncul johan Pertandingan Petanque Double sempena sambutan NREB Ke-20 di Gelanggang Petanque Lapangan Terbang Lama di sini, baru-baru ini.

Naib johan pula disandang oleh PSKPP Bintulu dan ketiga Hospital Bintulu, manakala SESCo C di tempat keempat.

Tempat kelima hingga kelapan pula masing-masing disandang oleh PSKPP Tatau, PSKPP Sebauh, NREB Miri B dan NREB Miri A.

Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM300, piala dan pingat, diikuti naib johan hingga tempat keempat masing-masing menerima hadiah wang tunai RM200, RM150 dan RM100 berserta piala dan pingat.

Pertandingan anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bintulu dengan kerjasama Persatuan Sukan Petanque Sarawak (PEPSAR) yang berlangsung pada 27 dan 28 September lalu disertai oleh 40 pasukan.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Kontroler NREB mewakili Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Justine Jok Jau Emang.

Turut hadir Pegawai Teknolongi Maklumat Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Morni Awang Karim, Kontroler Alam Sekitar NREB Bintulu Sinanawati Marto dan Presiden PEPSAR Janudin Ab Rahman.