Kempen derma darah dapat sambutan tentera, orang awam

0

AMANAT: Muhammad Daniel berucap merasmikan kempen derma darah.

Oleh Florence Nervyn //

KEMPEN derma darah anjuran Markas 9 Briged dan Rejimen 510 Askar Wataniah dengan kerjasama Kelab Lions Sibu dan Hospital Sibu telah memdapat sambutan yang baik dalam kalangan pegawai dan anggota tentera dan orang awam, baru-baru ini.

Program yang berlangsung di Delta Mall, Sibu bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang, dianjurkan sempena sambutan Hari Angkatan Tentera dan Hari Malaysia.

Objektif penganjuran kempen ialah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital untuk mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Majlis perasmian kempen telah disempurnakan oleh Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Dato Muhammad Daniel @Damien Abdullah.

Hadir sama ialah District Governor 308-A2 Dato Betty Wong, Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung, Presiden Kelab Lions Seduan Mejar David Ling dan Timbalan Komander Rejimen 510 AW Leftenan Kolonel Rusman Sanip.

SOKONGAN: Muhammad Daniel (dua kanan) bersama-sama Betty (dua kiri) menderma darah sebagai tanda sokongan kepada kempen derma darah.