12 pasukan sertai Pertandingan Piring Terbang Terbuka pada 18 Oktober

0

KUCHING: Sejumlah 12 pasukan sedia berentap pada Pertandingan Piring Terbang Terbuka 2014 yang akan berlangsung di Padang Bola Sepak UNIMAS, Kota Samarahan pada Sabtu, 18 Oktober ini.

Ia dianjur oleh Ultralumni Ultimate Club (UUC) dengan Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) selaku penaja utama.

Jurucakap Penganjur Dickson Settie berkata kejohanan kali ini adalah yang ketiga selepas kejayaan penganjuran sama pada 2012 dan 2013.

Tambahnya, pasukan bertanding mewakili beberapa kelab tempatan termasuk dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Negara Brunei Darussalam.

Antaranya Parlates, Jusdisc, Oldtimers (Kuching), Ultras, Kiddos (Samarahan), Falcon, DISCiple’ Blaze (Sibu), Borneo Headhunters, HUSKY (Sabah), Mighty Barracuda (Negeri Sembilan), Maida Island Hornets (Wilayah Persekutuan Labuan) dan Have You Seen My Disc? (Brunei Darussalam).

Menurut Dickson, saingan dibahagi kepada tiga kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai tiga pasukan.

“Kita menjangkakan saingan untuk pertandingan kali ini lebih menarik dan sengit kerana turut disertai pemain dari pelbagai kelab tempatan dan luar negara,” katanya semasa melakukan kunjungan terhadap Ketua Penolong Setiausaha (Sukan), Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Sarawak, Mering Wan di Bangunan Baitul Makmur di sini semalam.

Terdahulu Dickson merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama KPS atas sokongan diberikan dalam mengelolakan pertandingan tersebut.