Lelaki ditangkap cuba curi diserah kepada polis

0

KUCHING: Seorang lelaki yang ditangkap kerana cuba mencuri sebuah kereta bukan sahaja merayu dilepaskan, malah menawarkan RM500 kepada pemilik kereta terse-but sebagai ganti rugi.

Tindakannya itu bagaiman-apun tidak berjaya memujuk pemilik kereta jenis Mitsubi-shi Pajero itu sebaliknya dia diserahkan kepada pihak polis untuk dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11 malam kelmarin.

Menurut sumber, semasa kejadian pemilik Pajero itu berada di sebuah hotel di Batu 3, di sini dan terkejut apabila mendapati sistem penggera keretanya berbunyi dan terus memeriksa.

“Semasa dia membuka pin-tu Pajeronya itu, dia terkejut apabila melihat seorang lelaki duduk di bahagian pemandu sambil memegang sepana dan memberitahu dia tersilap masuk kereta.

“Hasil pemeriksaan, pe-milik kereta itu mendapati bahagian kunci pintu kereta tersebut telah dirosakkan menyebabkan suspek terus menawarkan RM500 se-bagai ganti rugi,” kata sumber.

Pemilik kereta itu bagaim-anapun enggan menerima tawaran tersebut dan terus menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh pemilik kereta terse-but.

Sementara dalam satu kejadian berasingan, se-buah kilang di Batu 11 Jalan Kuching-Serian di sini diserbu di mana pihak polis telah menyita dua kontena yang mengandungi kabel elektrik serta beteri dipercayai hasil kegiatan curi kabel.

Difahamkan, seorang lelaki dipercayai pemilik kilang berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.