Negara-negara serantau bertukar maklumat risikan kegiatan militan

0

KUALA LUMPUR: Ang-katan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bertukar-tukar maklumat risikan dengan Polis Diraja Malay-sia (PDRM) serta negara-negara jiran dalam usaha membanteras kegia-tan militan yang dikenali sebagai Negara Islam (IS).

Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ber-kata, tentera dan PDRM juga mengambil langkah-langkah khas bersama pihak berkuasa negara jiran seper-ti Selatan Filipina, Indone-sia, Singapura, Brunei dan Thailand dalam menangani kegiatan IS itu.

“Mereka (negara-negara serantau) telah menyuar-akan kebimbangan dengan kewujudan kegiatan militan IS yang semakin berleluasa ketika ini.

“ATM memandang serius terhadap ancaman keganasan militan IS yang melibatkan rakyat negara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmi-kan Majlis Ramah Mesra ATM bersama Anggota Cedera Peringkat Pusat sempena Hari ATM Ke-81 di Kem Kementah, di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata ATM menyambut baik cadangan Kementerian Dalam Neg-eri (KDN) untuk mewu-judkan akta baharu bagi membanteras kegiatan militan IS.

“Sekiranya didapati Akta Kesalahan, Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak men-jurus kepada mencegah keganasan dan militansi, maka perlu diwujudkan satu akta khusus memerangi keganasan jenayah itu,” katanya.

Ahad lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercadang memperkenal-kan akta baharu bagi mem-perkuatkan lagi undang-undang sedia ada iaitu SOSMA dan Undang-un-dang Pencegahan Jenayah (POCA) bagi memerangi kegiatan keganasan.

Ahmad Zahid berkata dengan wujudnya satu akta baharu, bukan sa-haja dapat membanteras, malah akan mencegah pengrekrutan bakal su-karelawan ‘jihad’ itu teru-tama ada cubaan merekrut pelajar sekolah menerusi laman sosial.

Sementara itu, dalam majlis rasmi tahunan itu, seramai 67 orang termasuk 55 pegawai dan anggota pesara tentera diraikan bagi menghargai jasa mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; dan Panglima Tentera Udara, Jen Datuk Seri Roslan Saad. — Bernama