BN masih guna pakai kempen ortodoks

0

SIBU: Sistem penyampaian secara peribadi terutama terhadap pengundi luar bandar menjadikan Barisan Nasional (BN) Negeri semakin kuat.

Beberapa pemimpin BN Negeri percaya penggunaan kaedah ortodoks seperti berkempen dari rumah ke rumah bertemu dengan peng-undi, perhimpunan, banting, poster, radio dan iklan TV masih lagi diperlukan.

Setiausaha Agung BN Ne-geri Datuk Dr Stephen Rundi berkata, sentuhan peribadi dengan rakyat di luar bandar masih lagi relevan.

“Ia langsung tidak berkaitan mengenai strategi, tetapi satu langkah untuk menyesuaikan diri dengan keperluan calon baharu selain melihat setiap sudut secara holistik bagi memenangi sokongan rakyat.

“Dengan kata lain ini adalah tonggak kekuatan pengundi terutama di luar bandar,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Bernama baru-baru ini melaporkan bahawa Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata komponen BN harus mengubah strategi kempen pilihan raya daripada komunikasi secara bertemu muka kepada talian atau komunikasi bukan lisan.

Zahid  berkata perubahan itu perlu kerana 6.2 juta pengundi kali pertama merupakan gene-rasi muda yang lebih suka ber-interaksi melalui media sosial.

Menurutnya, mereka mungkin tidak menonton televisyen dan mendengar radio kecuali hanya program tertentu, namun mereka sangat aktif dalam perkara yang dipapar melalui online.

Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata memenangi hati dan minda pengundi boleh dilakukan dalam banyak bentuk.

Abdul Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia dan ADUN Asajaya, berkata pengundi dalam pilihan raya datang daripada kumpulan pelbagai umur, latar belakang kerjaya, tahap akademik, etnik, bandar dan luar bandar.

Jelas beliau, ia satu tindakan kurang bijak jika hanya menerima pakai kempen dalam talian sebagai satu-satunya alternatif untuk mendapat sokongan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan itu mungkin menjangkau segmen ter-tentu dalam masyarakat dan pengundi.

“Saya masih percaya parti politik masih perlu menggunakan kaedah berkempen dari rumah ke rumah untuk bertemu dengan pengundi, perhimpunan, banting, sepan-duk, radio dan iklan TV.

“Berkempen dalam talian adalah hanya satu pecahan kecil,” kata Abdul Karim.