Sampaikan mandat kerajaan melalui dialog bersama rakyat, kata Blikau

0

KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan mengadakan program lawatan memantau projek pembangunan rakyat sekitar kawasan daerah Song di bawah DUN Katibas, baru-baru ini.

Blikau mengada lawatan pemantauan ke projek pembinaan jeti dan jambatan besi (steel bridge) di Rumah Saoh (Nanga Banjor), Rumah Jala (Sungai Miaw) dan  Rumah Nyalu (Nanga Takan).

Beliau turut diiringi Pegawai Tadbir Pejabat Dearah Song Harry Bruce Edwin dan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Katibas Handry Salang, wakil ketua jabatan kerajaan serta ketua masyarakat dan ketua kaum.

Selain itu, Blikau juga meng-adakan sesi dialog bersama rakyat di Rumah Jala.

Sesi dialog itu diadakan untuk memahami masalah dan keperluan rakyat, di samping menyampai pelbagai dasar pembangunan yang dilaksana Barisan Nasional (BN) untuk rakyat.

Pada sesi dialog itu, Blikau turut mengumumkan geran projek kecil luar bandar (MRP) seba-nyak RM65,000 kepada empat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah DUN Katibas.

Semua JKKK yang menerima geran itu ialah JKKK Rumah Jala dan Rumah Pillai dari Nanga Miaw, Rumah Saoh (Nanga Banjor) dan Rumah Jawa (Sungai Iran, Batang Rajang).