SPDP tidak akan serah Tasik Biru

0

Pendirian itu akan ditegaskan pada majlis makan malam di Singai, Bau esok

KUCHING: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak akan menye-rahkan Tasik Biru, satu daripada lapan kerusi tradisi yang diperuntukkan ke-pada parti itu dan pendirian tersebut akan ditegaskan pada majlis makan malam di Singai, Bau pada malam esok (25 Oktober).

Pengerusi SPDP Bahagian Tasik Biru Michael Siten berkata lebih 1,000 orang dijangka menghadiri majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada parti untuk mempertahankan kerusi Tasik Biru pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Beliau menjelaskan bahawa presiden sementara parti Datuk Seri Tiong King Sing dan pemangku timbalan presiden Anthony Nogeh juga akan mengulangi pendirian parti mengenai isu itu pada majlis berkenaan.

Beliau menambah, majlis makan malam yang akan diadakan di Kelab Sukan dan Rekreasi Singai di Kampung Sudoh itu juga dijangka dihadiri calon-calon berpotensi yang dikenal pasti untuk kerusi berkenaan.

“Majlis ini akan membukti-kan bahawa SPDP masih kuat di Tasik Biru dan kami juga mempunyai ramai ahli di kawasan Singai.

“Ini juga bagi menunjukkan terdapatnya calon berpotensi dari Singai yang mampu menggantikan penyandang Datuk Peter Nansian,” kata Siten se-malam.

Kerusi Tasik Biru baru-baru ini hangat diperkatakan di kalangan pemerhati politik kerana kemungkinan berlaku perebutan antara SPDP dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang kini terdiri daripada bekas-bekas pe-mimpin SPDP.

SPDP baru-baru ini juga menyatakan ia akan mempertahankan kesemua lapan kerusi tradisi yang diperuntukkan kepada parti termasuk Tasik Biru.

Sementara, pemimpin TERAS yang diketuai oleh bekas Presiden SPDP Tan Sri William Mawan telah menegaskan bahawa Tasik Biru dan tiga lagi kerusi lain kini adalah di bawah parti itu kerana ia adalah sebahagian daripada Barisan Nasional.

Nansian yang menyandang kerusi Tasik Biru sejak 1996, kini menjadi timbalan presiden TERAS.

Beliau telah mempertahan-kan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri 2011 di bawah tiket SPDP sebelum beliau dipecat daripada parti pada Januari 2012.

Berhubung perkara lain, Siten berkata majlis makan malam tersebut juga akan menyediakan peluang ter-utama kepada Tiong dan Nogeh untuk bertemu dengan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi.

Tambah beliau, majlis juga akan dihadiri wakil-wakil daripada parti komponen BN Negeri.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti calon-calon berpotensi namun menjelaskan bahawa mereka kini sudah dikenali oleh peng-undi di Tasik Biru.

Sumber parti bagaimanapun mendedahkan bahawa tiga calon berpotensi tersebut adalah berlatarbelakangkan ahli perniagaan, pegawai kanan kerajaan dan seorang peguam dengan salah seorang daripada mereka adalah ber-asal dari Singai.