Lelaki dipenjara 18 tahun dan dua sebatan

0

SIBU: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman 18 tahun penjara dan dua sebatan kerana didapati tidak mematuhi syarat-syarat pengawasan di bawah Seksyen 6(2)(d) akta penagih dadah (rawatan dan pemulihan) 1983 iaitu masih menagih dadah tempoh pengawasan.

Tertuduh ditangkap di kediamannya di Jalan Isau, di sini oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan diketuai oleh Mohamed Tumi jam 11 pagi pada 20 Oktober lalu.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa AADK, Sharifah Azimah Said Ismail.